Friday 1 November 2013

BAGAIMANA NAK SERTAI PROJEK WAKAF TELEKUNG `DidikSolat'?

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... ramai sahabat-sahabat yang bertanya :
`Bagaimana nak join Projek ni?'
Projek ni dah pun bermula pada Oktober 2013.. Projek yang berkonsepkan BELI dan WAKAF. Walaupun begitu, NILAI WAKAF untuk setiap TELEKUNG itu jauh lebih rendah dari HARGA yang kami pasarkan. Harga PASARAN boleh semak DI SINI.

Ini adalah salah satu kerja amal kami, disamping menyediakan TELEKUNG2 untuk di BELI dan di BORONG. Kami juga dapat MEMBANTU individu, persatuan juga syarikat yang ingin bersedekah. Semoga setiap hari pahalanya akan mengalir kepada PEWAKAF kerana setiap hari TELEKUNG ini akan digunakan. Insyaallah.

NILAI WAKAF adalah seperti di bawah :
NILAI WAKAF Telekung Kanak-Kanak = RM 35.00/sepasang
NILAI WAKAF Telekung Dewasa          = RM 55.00/sepasang

`Jika saya wakaf kurang daripada jumlah ni boleh ke ?"
`Boleh.. ' Kami tetap MENERIMA apa sahaja jumlah yang di sumbangkan untuk PROJEK ini walau kurang dari NILAI WAKAF. JUMLAH tersebut akan diKUMPULKAN sehingga cukup untuk mencapai NILAI WAKAF.

PILIHAN TEMPAT MEWAKAFKAN 
Pewakaf boleh memilih tempat yang dikehendaki. Penyerahan akan dibuat oleh kami dengan menghantar sendiri ATAU melalui POS (bergantung kepada jarak tempat).  Bagi pihak yang mempunyai PROGRAM  untuk menyerahankannya sendiri, pihak kami akan menghantar
telekung-telekung tersebut kepada PEWAKAF

Bagi yang memberikan hak memilih tempat itu kepada kami, tempat-tempat akan diumumkan dan dimaklumkan sebelum di hantar.

KEKERAPAN PROJEK INI
Projek ini berjalan sepanjang masa, anda boleh sahaja menyertainya SEBULAN sekali, DUA bulan sekali, ENAM bulan sekali atau SETAHUN sekali.

MATLAMAT kami adalah untuk MELENGKAPI semua tempat SOLAT dengan Telekung Kanak-Kanak. Semoga GENERASI yang terbina adalah GENERASI yang SOLAT lima waktu yang terDIDIK dari kecil lagi. Insyaallah.

"SOLATlah ANAKku Walau Di MANA Kamu BERADA"

Keterangan Lanjut boleh dapatkan maklumat DI SINI
atau boleh terus hubungi kami DI SINI.



Wednesday 30 October 2013

SALAM UKHWAH

DS.. Didik Solat.. DS Collection.. Dunia Solehah.. Terbina dari DUNIA Seorang ISTERI... DUNIA Seorang IBU... DUNIA Seorang ANAK... yang diadunkan semuanya menjadi DUNIA Seorang HAMBA... DS.. Dunia Segalanya..